Amalan harian yang sihat


 Assalamualaikum.. Salam Sejahtera
Tajuk kecil ini adalah tajuk kecil terakhir bagi tajuk Mikroorganisma. Diharap kamu semua dapat memahami apa yang telah dipelajari sepanjang beberapa minggu sebelum ini.




Bagaimanakah  kita boleh mempraktikkan amalan untuk mencegah penyakit berjangkit?

Kita perlu mempraktikkan amalan harian yang sihat untuk kesihatan diri untuk mencegah penyakit  berjangkit. Apakah amalan itu?

Jom sama sama kita belajar
Jaga kekemasan dan kebersihan bilik tidur

  • Menjaga kebersihan bilik tidur seperti membuaang sisa makanan, kotoran dan sampah dapat mengelakkan bau busuk. Serangga seperti lipas dan semut tidak akan memasuki bilik kita

Membasuh tangan selepas keluar dari tandas

  • Kuman mudah merebak di tempat tempat kotor. Kita mestilah mencuci tangan supaya bersih dan boleh mengelakkan diri daripada penyakit berjangkit.

Elakkan memakan makanan yang terdedah dan dihinggapi lalat.


  • Lalat adalah pembawa penyakit berjangkit kerana lalat sering hinggap pada sampah dan kotoran

Menutup makanan dan jangan membiarkan makanan terdedah.


  • Jangan biarkan makanan terdedah supaya atidak dihinggapi lalat atau dimasuki habuk yang berterbangan di udara

Mandi menggunakan sabun atau sabun antiseptik.

  • Penggunaan sabun sabun dan sabun antiseptik dapat membersihkan badan dan menghilangkan kuman yang terdapat pada badan yang berpeluh. Kuman ini boleh menyebabkan gatal gatal, penyakit kulit dan badan yang berbau.
Sakit mata (konjunktivitis)
  • Kita mesti elakkan berada dengan rakan yang dijangkiti penyakit berjangkit, contohnya konjunktivitis.
Memakai penutup hidung dan mulut


  • Kita perlu memakai penutup hidung dan mulut semasa wabak penyakit yang merebak melalui udara. Contohnya Covid19
Menggunakan cecair
 pembasmi kuman
  • Tangan juga boleh dibersihkan menggunakan cecair pembasmi kuman yang selalunya diletakkan di hopital atau klinik. Di musim wabak Covid 19 sekarang, penggunaan cecair pembasmi kuman sangat meluas kerana ia dapat membasmi kuman pada tangan kita.








Comments