Rujukan Buku Teks : mukasurat 169 - 179
Klik gambar buku untuk pautan buku teks online :
Tuas
- Tuas digunakan untuk mengangkat atau mengumpil sesuatu objek.
- Tuas terdiri daripada tiga bahagian, iaitu beban, fulkrum dan daya.
- Beban ialah berat sesuatu jasad.
- Fulkrum ialah suatu titik pada palang atau objek yang berfungsi sebagai pengimbang atau penyokong.
- Daya ialah tolakan dan tarikan ke atas sesuatu objek yang memberikan kesan.
- Contoh tuas: Membuka tin cat dengan pemutar skru.
- Penutup tin bertindak sebagai beban.
- Hujung pemutar skru yang menyentuh penutup tin ialah fulkrum.
- Tangan yang menolak pemutar skru ke bawah pula bertindak sebagai daya.
- Contoh aplikasi tuas:
- Menyapu sampah
- Mencabut paku
- Menyepit ais
Hubung Kait Beban, Fulkrum dan Daya
- Kedudukan fulkrum dari beban mempengaruhi daya yang diperlukan untuk mengangkat objek.
- Untuk mengangkat beban yang berat, kita perlu:
- Meletakkan fulkrum paling dekat dengan beban
- Daya dikenakan sejauh mungkin dari fulkrum
- Gunakan kayu yang panjang, bukan kayu yang pendek.
- Semakin dekat jarak beban dari fulkrum, semakin sedikit daya yang diperlukan untuk mengangkat beban.
- Semakin jauh jarak beban dari fulkrum, semakin banyak daya yang diperlukan untuk mengangkat beban.
Mesin Ringkas
- Mesin ringkas ialah alat yang membantu kita melakukan kerja dengan lebih mudah dan cepat.
- Terdapat pelbagai jenis mesin ringkas di sekeliling kita.
- Setiap mesin ringkas mempunyai kegunaannya yang khusus.
- Jenis-Jenis mesin ringkas:
- Roda dan gandar. Roda dan gandar ialah alat yang terdiri daripada roda yang dipasang pada sebatang rod yang dinamakan gandar. Contohnya, pada tombol pintu.
- Tuas. Tuas ialah alat yang terdiri daripada sebatang rod yang diletakkan di atas fulkrum untuk mengangkat atau mengumpil sesuatu beban objek. Contohnya, pada penyapu.
- Skru. Skru ialah alat yang berbentuk silinder beralur yang dapat dimasukkan ke atas sesuatu ruang dengan memutarkannya untuk menyatkan atau mengetatkan dua bahagian objek. Contohnya, pada botol dan penutupnya.
- Gear. Gear ialah alat yang terdiri daripada bahagian roda yang bergerigi. Contohnya, pada jam.
- Takal. Takal ialah alat yang terdiri daripada satu roda beralur yang membolehkan tali melaluinya untuk mengangkat atau menurunkan sesuatu beban. Contohnya, pada bidai.
- Satah condong. Satah condong ialah satu permukaan rata yang disendengkan dengan satu bahagian yang hujungnya diletakkan pada ketinggian yang berbeza. Contohnya, pada tangga.
- Baji. Baji ialah alat yang runcing pada satu hujungnya dan digunakan untuk memotong serta memegang dan memberhentikan sesuatu objek. Contohnya, pada pisau dan penyendal pintu.
Mesin Ringkas Menyelesaikan Masalah
- Masalah harian dapat diselesaikan dengan menggunakan mesin ringkas.
- Lebih banyak mesin ringkas yang digunakan, lebih mudah dan cepat kerja dapat dilakukan.
Comments
Post a Comment