ALGORITMA, PSEUDOKOD DAN CARTA ALIR

MENGENAL ALGORITMA, PSEUDOKOD DAN CARTA ALIR


Algoritma ialah satu set aturan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Aturan ini
bertertib, jelas dan berkesan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dalam sains
komputer pula, algoritma ialah langkah-langkah dalam proses melaksanakan kod
komputer yang mengkaji tahap keberkesanan kod program komputer.

Situasi 1:
Anda ingin meminjam sebuah buku dari perpustakaan. Nyatakan proses yang perlu
anda lalui sehingga anda memiliki buku tersebut.
Contoh algoritma bagi situasi 1:
1. Masuk ke dalam perpustakaan
2. Cari buku yang dikehendaki
3. Jika buku dijumpai, pergi kaunter untuk pinjam
4. Keluar dari perpustakaan

Pseudokod ialah satu set aturan yang ditulis dalam bahasa pertuturan untuk
menyelesaikan sesuatu masalah. Set aturan ini menunjukkan langkah demi langkah
untuk melaksanakan sesuatu tugas dari mula hingga tamat. Pseudokod juga merupakan
penggunaan ayat pertuturan dan beberapa kod asas dalam menunjukkan langkah-langkah dan tugas.

Situasi 2:
Katakan anda hendak menghantar bahan bercetak, nilai bayaran yang dikenakan adalah berdasarkan berat bahan yang hendak dihantar itu. Jika bahan yang dihantar itu
beratnya 50 gram, berapakah nilai yang perlu dibayar?
Contoh pseudokod bagi situasi 2:
1. Mula
2. Timbang berat bahan bercetak ( input )
3. Set nilai bayaran dikenakan (proses)
4. Papar nilai bayaran (output)
5. Tamat

Carta Alir ialah kaedah grafik yang menunjukkan langkah-langkah bagi penyelesaian
masalah dan hubung kait antara satu sama lain. Carta alir mengandungi simbol
geometrik yang dihubungkan menggunakan anak panah. Setiap simbol mewakili aktiviti
bagi langkah yang akan dilaksanakan oleh program. Aktiviti ini akan dilaksanakan
mengikut turutan dari atas ke bawah.
Contoh:

APC1

MAKNA SIMBOL (MULA DAN TAMAT, PROSES, PILIHAN, ALIRAN) DALAM CARTA ALIR

APC2

MEMBUAT PERKAITAN ALGORITMA, PSEUDOKOD DAN CARTA ALIR DALAM AKTIVITI HARIAN



Contoh Situasi: Membancuh kopi

Contoh Algoritma
1. Masak air
2. Masukkan kopi ke dalam cawan
3. Masukkan gula
4. Masukkan air panas ke dalam cawan

Contoh Pseudokod
1. Mula
2. Masak air
3. Masukkan kopi ke dalam cawan
4. Masukkan gula
5. Masukkan air panas ke dalam cawan
6. Tamat

Contoh Carta Alir
APC3

MEMBEZAKAN ALIRAN SECARA URUTAN DAN PILIHAN TUNGGAL BAGI
ALGORITMA, PSEUDOKOD DAN CARTA ALIR

2.4.1 Membezakan aliran secara urutan dan pilihan tunggal bagi algoritma.
a) algoritma aliran secara urutan
b) algoritma pilihan tunggal
APC4

2.4.2 Membezakan aliran urutan dan pilihan tunggal bagi pseudokod.
a) Pseudokod aliran secara urutan
b) Pseudokod pilihan tunggal
APC5

2.4.3 Membezakan aliran urutan dan pilihan tunggal bagi carta alir
a) Aliran secara urutan (carta alir)
Pilihan tunggal (carta alir)
APC6

MENULIS ALGORITMA BERDASARKAN SITUASI SECARA URUTAN DAN PILIHAN TUNGGAL

Algoritma secara urutan ialah set arahan yang mengandungi langkah demi langkah
untuk menyelesaikan sesuatu masalah, manakala algoritma pilihan tunggal ialah set
arahan yang mengandungi kaedah penyelesaian masalah yang mempunyai satu pilihan.

Situasi 1:
a) Azmi hendak menghadiri temu duga di sebuah bangunan di tingkat 11.
b) Azmi hendak menghadiri temu duga di sebuah bangunan di tingkat 11.
Jika lif rosak Azmi perlu naik tangga.

Arahan : Sila bina algoritma berdasarkan situasi di atas.APC7

Situasi 2
Agar-agar santan merupakan pencuci mulut yang sangat popular. Bagaimanakah anda
menyediakannya?

Arahan : Sila bina algoritma secara urutan dan pilihan tunggal berdasarkan situasi di atas.
APC8

MEMISAHKAN PSEUDOKOD KOMPLEKS KEPADA PSEUDOKOD SECARA URUTAN DAN PSEUDOKOD SECARA PILIHAN TUNGGAL

Pseudokod kompleks ialah satu pseudokod panjang yang mengandungi gabungan
pseudokod secara urutan dan pseudokod secara pilihan tunggal. Pseudokod kompleks
boleh dipisahkan kepada beberapa pseudokod yang lebih ringkas. Pseudokod secara
urutan ialah set arahan penyelesaian masalah langkah demi langkah untuk
melaksanakan sesuatu tugas dari mula hingga tamat, manakala pseudokod secara
pilihan tunggal pula ialah set arahan penyelesaian masalah yang mempunyai satu
pilihan.

Contoh:
Azmi akan menghadiri temu duga di tingkat 11 sebuah bangunan. Azmi menggunakan lif dan jika lif rosak dia perlu menggunakan tangga. Semasa keluar dari lif di tingkat 11,
Azmi menyedari bahawa kad pengenalannya tertinggal di dalam kereta. Dia terpaksa
turun untuk mendapatkan kad pengenalannya. Semasa Azmi ingin naik semula ke
tingkat 11 didapati lif rosak.
Pseudokod kompleks

-Mula
-Berjalan ke pintu lif
-Tekan butang naik
-Jika lif rosak
-Guna tangga
-Masuk ke dalam lif apabila pintu terbuka
-Tekan butang nombor 11
-Tunggu sehingga sampai di tingkat 11
-Keluar dari lif apabila pintu lif terbuka
-Masuk ke dalam lif semula untuk mengambil kad pengenalan
-Tekan butang turun untuk ke tingkat bawah
-Jika lif rosak
-Guna tangga
-Berjalan ke kereta
-Ambil kad pengenalan
-Berjalan ke pintu lif
-Tekan butang naik
-Naik tangga ke tingkat 11 kerana lif rosak
-Berjalan ke tempat temu duga
-Tamat

APC9

MENGGABUNGKAN CARTA ALIR URUTAN DAN CARTA ALIR PILIHAN TUNGGAL
SECARA LOGIK

Contoh 1: Aturcara Untuk Menentukan BMI
CARTA ALIR URUTAN
APC10

CARTA ALIR YANG MENGANDUNGI PILIHAN TUNGGAL
APC11

MENYEDIAKAN ALGORITMA, PSEUDOKOD DAN CARTA ALIR DALAM
MENYELESAIKAN SATU MASALAH YANG DIBERIKAN

Cadangan aktiviti:

Arahan: Ahmad suka makan dadih manis. Tuliskan algoritma, pseudokod
dan carta alir yang sesuai bagi penyediaan dadih manis tersebut.

RESEPI
300ml air
2 gram agar-agar
100 gram gula putih
700ml susu cair
Perisa strawberi

Jawapan:
A. ALGORITMA

Sediakan sebuah periuk
Masukkan air dan didihkan
Masukkan agar-agar dan gula
Masukkan susu cair
Titiskan perisa strawberi
Setelah susu mula mendidih
Padamkan api
Sejukkan dadih selama 15 minit
Masukkan ke dalam bekas
Sejukkan di dalam peti sejuk
Hidangkan dadih

B. PSEUDOKOD

Mula
Masukkan air ke dalam periuk
Panaskan air
Masukkan agar-agar dan gula
Kacau sehingga larut
Masukkan susu cair
Titiskan perisa strawberi
Padamkan api apabila campuran mendidih
Sejukkan selama 15 minit
Tuang ke dalam bekas
Sejukkan di dalam peti sejuk
Hidangkan dadih
Tamat

C. CARTA ALIR URUTAN

Aktiviti bina carta alir urutan berpandukan pseudokod di atas.

APC12

Rujukan:  https://mytmkonline.wordpress.com/

Comments