PUTARAN DAN PEREDARAN BUMI

 

Putaran dan Peredaran Bumi

  1. Bumi dan semua planet lain beredar mengelilingi Matahari mengikut orbit masing-masing.
  2. Bumi berputar pada paksinya dan pada masa yang sama beredar mengikut orbitnya mengelilingi Matahari.
  3. Paksi ialah garis bayangan yang menghubungkan Kutub Utara dan Kutub Selatan. 
Picture


Arah dan Tempoh Semasa Putaran dan Peredaran Bumi

  1. Bumi berputar pada paksinya dari arah Barat ke Timur.
  2. Satu putaran lengkap mengambil masa 24 jam atau 1 hari.
  3. Bumi beredar mengelilingi Matahari pada orbitnya mengikut arah lawan jam.
  4. Satu peredaran lengkap mengambil masa 1 tahun atau 365 ¼ hari.
Picture
Picture
Buku Teks ms 160: Putaran dan Peredaran Bumi


Kesan Putaran Bumi pada Paksinya



  1. Putaran bumi pada paksinya menyebabkan berlakunya beberapa kejadian:
    1. Kejadian siang dan malam
      1. Bahagian bumi yang menghadap Matahari akan mengalami siang.
      2. Bahagian bumi yang terlindung daripada cahaya Matahari akan mengalami malam.
    2. Kedudukan matahari kelihatan seperti berubah-ubah terbit dari Timur dan benam ke Barat
    3. Perubahan panjang dan arah bayang-bayang
Picture


​Imbasan Minda

Picture


Rujukan

Comments