Suhu
- Suhu ialah ukuran darjah kepanasan sesuatu bahan.
- Unit piawai bagi suhu ialah darjah celsius (oC).
- Unit lain bagi ukuran suhu ialah darjah Fahrenheit (oF).
- Termometer ialah alat yang digunakan untuk mengukur suhu.
- Apabila menyukat bahan yang panas, jalur perak dalam termometer menjadi panjang dan menunjukkan bacaan suhu yang tinggi.
- Apabila menyukat bahan yang sejuk, jalur perak dalam termometer menjadi pendek dan menunjukkan bacaan suhu yang rendah.
Teknik Menggunakan Termometer
- Pegang batang termometer secara tegak.
- Letakkan termometer ke dalam air. Elakkan bebuli merkuri tersentuh dasar bekas. Tunggu sehingga aras merkuri berhenti bergerak.
- Laraskan kedudukan mata pada meniskus merkuri. Baca bacaan suhu.
Menerima dan Kehilangan Haba
- Haba ialah satu bentuk tenaga. Haba mengalir dari bahan yang lebih panas kepada bahan yang lebih sejuk.
- Sesuatu bahan menjadi panas apabila menerima haba.
Suhu akan meningkat apabila menerima haba. - Sesuatu bahan menjadi sejuk apabila kehilangan haba.
Suhu akan menurun apabila kehilangan haba.
Pengembangan dan Pengecutan
- Bahan akan mengembang apabila menerima haba.
- Bahan akan mengecut apabila kehilangan haba.
- Pengembangan dan pengecutan bagi pepejal
- Sebelum bebola besi dipanaskan, bola besi itu boleh melalui gelang.
- Selepas bebola besi dipanaskan, bola besi mengembang dan tidak boleh melalui gelang.
- Selepas bebola besi disejukkan, bola besi mengecut dan boleh melalui gelang semula.
- Sebelum bebola besi dipanaskan, bola besi itu boleh melalui gelang.
- Pengembangan dan pengecutan bagi cecair:
- Anak panah menunjukkan aras air berwarna di dalam salur kaca sebelum dipanaskan.
- Apabila air berwarna dipanaskan, air berwarna mengembang menyebabkan arasnya di dalam salur kaca meningkat.
- Apabila air berwarna disejukkan, air berwarna mengecut dan menyebabkan arasnya di dalam salur kaca menurun.
- Anak panah menunjukkan aras air berwarna di dalam salur kaca sebelum dipanaskan.
- Pengembangan dan pengecutan bagi gas:
- Saiz belon sebelum dipanaskan direkodkan.
- Apabila udara di dalam belon dipanaskan, udara mengembang dan menyebabkan belon mengembang.
- Apabila udara di dalam belon disejukkan, udara mengecut dan menyebabkan belon mengempis.
- Saiz belon sebelum dipanaskan direkodkan.
Aplikasi Prinsip Haba
- Landasan kereta api dibina dengan ruang-ruang di antaranya untuk membolehkan pengembangan semasa cuaca panas.
- Ruang-ruang dibuat di antara kepingan konkrit pada laluan pejalan kaki untuk membolehkan pengembangan pada hari panas.
- Kabel elektrik dipasang secara melendut untuk mengelakkan kabel daripada putus apabila mengecut semasa cuaca sejuk.
- Salah satu hujung jambatan keluli diletakkan di atas penggolek untuk membolehkan pengembangan semasa cuaca panas.
- Penggunaan sifat merkuri pada termometer yang mudah mengembang dan mengecut untuk mengukur suhu badan.
Rujukan: https://www.changtunkuet.com
Comments
Post a Comment