Terdapat pelbagai objek yang digunakan dalam kehidupan harian kita.
Objek tersebut diperbuat daripada pelbagai sumber asas speerti tumbuh-tumbuhan, haiwan, petroleum dan batuan.
Tumbuh-tumbuhan:
Pokok getah menghasilkan bahan getah. Contoh objek: tayar dan sarung tangan getah.
Pokok balak menghasilkan bahan kayu. Contoh objek: almari kayu dan kerusi kayu.
Pokok kapas menghasilkan bahan kapas. Contoh objek: baju dan tuala.
Haiwan:
Biri-biri menghasilkan bahan bulu biri-biri. Contoh objek: topi bulu dan sweater.
Lembu menghasilkan bahan kulit lembu. Contoh objek: kasut kulit dan sofa kulit.
Ulat sutera menghasilkan bahan kokun sutera. Contoh objek: tali leher sutera dan kain sutera.
Petroleum:
Petroleum ialah minyak berwarna hitam yang diperoleh dari dalam tanah untuk dijadikan petrol dan bahan-bahan lain. Petroleum terbentuk daripada hidupan yang telah mati berjuta-juta tahun dahulu.
Minyak petroleum menghasilkan bahan plastik. Contoh objek: beg plastik dan botol plastik.
Minyak petroleum juga menghasilkan bahan kain sintetik. Contoh objek: baju hujan dan khemah.
Batuan:
Logam menghasilkan bahan emas dan kuprum. Contoh objek: rantai emas, barang piuter dan duit syiling.
Tanih menghasilkan bahan tanah liat. Contoh objek: mangkuk seramik dan batu bata.
Tanih juga menghasilkan bahan pasir. Contoh objek: cermin dan botol kaca.
8.2.1 Sifat Bahan
Bahan mempunyai pelbagai sifat, seperti:
Kebolehan menyerap air
Kebolehan terapung di permukaan air
Kekenyalan bahan
Konduktor dan penebat elektrik
Konduktor dan penebat haba
Kebolehan penembusan cahaya
(1) Kebolehan menyerap air
Terdapat bahan yang boleh menyerap air dan bahan yang kalis air.
Bahan yang menyerap air menjadi basah apabila terkena air. Air akan diserap oleh bahan yang menyerap air apabila air dititiskan ke atasnya.
Bahan yang tidak menyerap air disebut bahan kalis air. Air akan kekal ada pada bahan yang kalis air apabila air dititiskan ke atasnya.
(2) Kebolehan terapung di permukaan air
Terdapat bahan yang terapung di atas permukaan air dan bahan yang tengelam di dalam air.
(3) Kekenyalan bahan
Kekenyalan ialah kebolehan sesuatu bahan untuk kembali kepada keadaan asalnya sesudah ditarik, dipicit atau diregangkan.
Terdapat bahan yang kenyal dan bahan yang tidak kenyal.
(4) Konduktor dan penebat elektrik
Setiap bahan bersifat sama ada konduktor atau penebat elektrik.
Konduktor elektrik ialah bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik.
Penebat elektrik ialah bahan yang tidak boleh mengalirkan arus elektrik.
(5) Konduktor dan Penebat Haba
Terdapat bahan yang bersifat konduktor haba dan penebat haba.
Konduktor haba ialah bahan yang membenarkan haba mengalir melaluinya dengan baik dan cepat.
Penebat haba ialah bahan yang tidak membenarkan haba melaluinya dengan baik.
(6) Kebolehan Penembusan Cahaya
Setiap jenis bahan mempunyai kebolehan penembusan cahaya yang tersendiri.
Bahan lut sinar ialah bahan yang membenarkan cahaya melaluinya.
Bahan lut cahaya ialah bahan yang membenarkan sebahagian cahaya melaluinya.
Bahan legap ialah bahan yang menghalang cahaya melaluinya.
8.2.2 Aplikasi Sifat Bahan
Pengetahuan tentang sifat sesuatu bahan adalah penting dalam mereka cipta sesuatu objek.
Pemilihan jenis bahan yang bersesuaian dapat memastikan objek yang dicipta dapat berfungsi dengan baik mengikut keperluannya.
Langkah-langkah mereka cipta model dengan mengaplikasikan pengetahuan tentang sifat bahan:
Mengenal pasti masalah
Menjana idea
Membuat lakaran idea
Menyediakan alat dan bahan
Membina model
8.2.3 Pemilihan Jenis Bahan dan Mereka Cipta Objek
Sesuatu objek dicipta berdasarkan kesesuaian sifat bhaan dengan fungsi objek tersebut.
Pemilihan jenis bahan yang digunakan untuk mereka cipta sesuatu objek adalah penting untuk memastikan objek tersebut dapat berfungsi dengan baik dan sesuai untuk digunakan.
Imbasan Minda
SUMBER : https://www.changtunkuet.com/unit-8-bahan/nota-sains-tahun-4-unit-8-bahan
Comments
Post a Comment