Kemahiran Proses Sains membolehkan kamu mempersoalkan tentang sesuatu perkara dan mencari jawapan secara sistematik.
Terdapat 12 kemahiran Proses Sains, iaitu 7 kemahiran asas dan 5 kemahiran bersepadu.
Kemahiran proses sains membantu kita memahami objek dan persekitaran secara saintifik.
Kemahiran proses sains yang telah dipelajari sebelum ini termasuklah:
Memerhati – "Sudah lama saya perhatikan sampah sarap di sini.”
Mengasing – “Kita kena asingkan sampah-sarap ini dahulu mengikut jenisnya.”
Berkomunikasi – “Mereka berbincang tentang cara untuk melupuskan sampah tersebut.”
Mengukur dan Menggunakan nombor – “Kita timbang tin aluminium ini dahulu sebelum dijual.”
Meramal – “Saya ramalkan kita akan memperoleh RM8.00 hasil jualan tin aluminium sahaja.”
Memberi inferens – “Kita perlu tanam semula sisa makanan ini supaya sisa makanan ini dapat mereput di dalam tanah dan baunya pun akan hilang selepas ditanam.”
1.7 Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa
Menggunakan perhubungan ruang dan masa ialah kemahiran memerihalkan perubahan sesuatu kejadian atau fenomena berdasarkan parameter seperti lokasi, arah, bentuk, saiz, isi padu dan berat mengikut masa.
Contoh, selepas 20 minit, ais krim sudah berubah bentuk, saiznya juga mengecil. Perubahan bentuk dan saiz aiskrim dinamakan perubahan parameter.
Apabila masa bertambah, bentuk aiskrim menjadi tidak sekata dan saiznya semakin mengecil. Jadi, perhubungan ruang dan masa dalam situasi di atas adalah, apabila masa bertambah, bentuk aiskrim menjadi tidak sekata dan saiznya mengecil.
1.8 Mentafsir Data
Mentafsir data ialah kemahiran memberikan penerangan yang rasional tentang objek, peristiwa atau pola daripada data yang dikumpulkan.
Penerangan yang diberikan daripada bacaan sesuatu jadual, carta pai, carta palang atau carta pengelasan ialah contoh mentafsir data.
1.9 Mendefinisi Secara Operasi
Mendefinisi secara operasi ialah kemahiran memberikan definisi tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang dapat dilakukan dan diperhatikan.
Sebagai contoh,
Definisi secara operasi keupayaan bahan menyerap air ialah isi padu air yang tinggal di dalam bikar.
Definisi secara operasi keupayaan bahan menyerap air paling tinggi ialah isi padu air yang tinggal paling sedikit di dalam bikar.
Definisi secara operasi pertumbuhan pokok kacang hijau ialah bilangan daun dan ketinggian pokok kacang hijau selepas seminggu.
Definisi secara operasi had kekenyalan gelang getah ialah Panjang maksimum gelang getah yang dapat ditarik sebelum putus.
1.10 Mengawal Pemboleh Ubah
Pemboleh ubah ialah sesuatu yang boleh berubah dalam sesebuah penyiasatan.
Pemboleh ubah yang diubah dalam sesuatu penyiasatan dinamakan pemboleh ubah dimanipulasi.
Pemboleh ubah yang dikekalkan dalam sesuatu penyiasatan dikenali sebagai pemboleh ubah malar.
Pemboleh ubah yang diperhatikan dalam sesuatu penyiasatan dikenali sebagai pemboleh ubah bergerak balas.
1.11 Membuat Hipotesis
Membuat hipotesis ialah kemahiran membuat pernyataan umum yang boleh diuji tentang hubungan antara pemboleh ubah dalam sesuatu penyiasatan.
Sebagai contoh, “Semakin bertambah bilangan adukan, semakin berkurang masa untuk gula melarut sempurna”.
Mereka berjaya membuat hipotesis dengan mengaitkan dengan mengaitkan hubungan antara pemboleh ubah yang dimanipulasi iaitu bilangan adukan dengan pemboleh ubah yang bergerak balas, iaitu masa untuk gula melarut sempurna.
Hipotesis yang dibuat boleh diuji dengan menjalankan eksperimen.
1.12 Mengeksperimen
Mengeksperimen ialah kemahiran merancang dan menjalankan penyiasatan untuk meguji sesuatu hipotesis dengan mengumpul dan mentafsir data bagi membuat kesimpulan daripada penyiasatan tersebut.
Langkah-langkah mengeksperimen:
Merancang eksperimen
Mengenal pasti masalah dan membuat pernyataan masalah
Badan Pembangunan Kurikulum. (April 2018). Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Sains Tahun 4. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Mohd Ramadhan bin Anwar, Mohammad Fazli bin Othman, Siti Roha binti Abd. Karim & Ahmad Pua'ad bin Ibrahim. (2019). Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017): Sains Tahun 4 Sekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Comments
Post a Comment