Pengenalan
- Kemahiran Saintifik merupakan kemahiran yang diamalkan semasa menjalankan eksperimen atau penyiasatan.
 - Kemahiran Saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif.
 
Kemahiran Proses Sains
Kemahiran Manipulatif
- Kemahiran Proses Sains membolehkan kamu mempersoalkan tentang sesuatu perkara dan mencari jawapan secara sistematik.
 - Terdapat 12 kemahiran Proses Sains, iaitu 7 kemahiran asas dan 5 kemahiran bersepadu.
 - 7 Kemahiran Proses Sains Asas:
- Memerhati: Menggunakan deria penglihatan, pendengaran, rasa, bau, atau sentuhan untuk mengumpul maklumat tentang objek dan fenomena.
 - Mengelas: Mengasing dan mengumpulkan objek atau fenomena berdasarkan ciri yang sama.
 - Mengukur dan menggunakan nombor: Membuat pemerhatian secara kuantitatif dengan menggunakan nombor, alat piawai atau alat yang diseragamkan.
 - Membuat inferens: Membuat kesimpulan awal yang munasabah, yang mungkin benar atau tidak benar untuk menerangkan sesuatu peristiwa atau pemerhatian.
 - Meramal: Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau berdasarkan data.
 - Berkomunikasi: Menerima, memilih, menyusun dan mempersembahkan maklumat atau idea dalam bentuk tulisan, lisan, jadual, graf, rajah atau model.
 - Menggunakan perhubungan ruang dan masa: Memerihalkan perubahan seperti lokasi, arah, bentuk, saiz, isi padu, berat dan jisim mengikut masa.
 
 - 5 Kemahiran Proses Sains Bersepadu:
- Mentafsir data: Memberi penerangan yang rasional tentang objek, peristiwa atau pola daripada data yang dikumpulkan.
 - Mendefinisi secara operasi: Memberi tafsiran tentang sesuatu konsep atau keadaan dengan menyatakan perkara yang dilakukan dan diperhatikan.
 - Mengawal pemboleh ubah: Mengenal pasti pemboleh ubah dimanipulasilkan (apa yang diubah/ ditukar), pemboleh ubah bergerak balas (apa yang diperhati/ diukur) dan pemboleh ubah yang dimalarkan (apa yang ditetapkan/ sama sahaja sepanjang eksperimen).
 - Membuat hipotesis: Membuat suatu pernyataan umum tentang hubungan antara pemboleh ubah yang difikirkan benar bagi menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa. Pernyataan ini boleh diuji untuk menentukan kesahihannya.
 - Mengeksperimen: Merancang dan menjalankan penyiasatan untuk menguji sesuatu hipotesis, mengumpul data, mentafsirkan data, sehingga mendapat rumusan daripada penyiasatan itu.
 
 - Eksperimen perlu mengikuti langkah-langkah berikut supaya pernyataan masalah boleh diselesaikan.
 - Senarai semak mengeksperimen:
- Mengenal pasti masalah
 - Membuat hipotesis
 - Merancang eksperimen
- Mengawal pemboleh ubah
 - Menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan
 - Menentukan langkah-langkah menjalankan eksperimen
 - Menentukan kaedah mengumpul data
 - Menentukan kaedah menganalisis data
 
 - Melakukan eksperimen – lakukan eksperimen mengikut langkah yang dirancang
 - Mengumpul data
 - Menganalisis data
 - Mentafsirkan data
 - Membuat kesimpulan – Menyatakan kesimpulan yang diperoleh darpada eksperimen yang dijalankan
 - Membuat pelaporan
 
 
Kemahiran Manipulatif
- Kemahiran manipulatif sains perlu diamalkan ketika suatu eksperimen atau penyiasatan.
 - Terdapat 5 kemahiran manipulatif:
- Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan dengan betul.
 - Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat.
 - Mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat.
 - Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat.
 - Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul.
 
 - Kemahiran manipulatif Sains penting supaya:
 - Hasil pernyiasatan yang diperoleh jelas dan tepat.
 - Pengurusan alatan dan bahan menjadi lebih sistematik.
 
Rujukan: 
Badan Pembangunan Kurikulum. (2015). Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Sains Tahun 6. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Suwaibatullaslamiah binti Jalaludin, Jong, Tze Kian & Mohd Ramadhan bin Anwar. (2015). Sains Tahun 6 Sekolah Kebangsaan. Selangor Darul Ehsan: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Badan Pembangunan Kurikulum. (2015). Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Sains Tahun 6. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Suwaibatullaslamiah binti Jalaludin, Jong, Tze Kian & Mohd Ramadhan bin Anwar. (2015). Sains Tahun 6 Sekolah Kebangsaan. Selangor Darul Ehsan: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sumber Blog : https://www.changtunkuet.com/

Comments
Post a Comment