Kadar Pernafasan
Tema:
SK : 2.1.5 | Mengitlak bahawa kadar pernafasan bergantung kepada jenis aktiviti yang dilakukan. |
Jom tonton video dulu. Saya sertakan dua video untuk kamu buat pemahaman kendiri. Tajuk ini saya tak campur dengan tajuk lain kerana tajuk ini memerlukan kamu fahami konsep terlebih dahulu. Bila kamu dah kuasai konsepnya, baru kita akan ke tajuk seterusnya ya.
- Kadar pernafasan ialah bilangan pergerakan dada naik dan turun dalam satu minit.
- Kadar pernafasan bergantung kepada jenis aktiviti yang dijalankan.
- Contoh aktiviti kadar pernafasan rendah: Duduk, tidur.
- Contoh aktiviti kadar pernafasan sederhana: Berjoging, bersenam
- Contoh aktiviti kadar pernafasan tinggi: Berlari, berskipping tali.
- Kadar pernafasan bagi setiap aktiviti adalah berbeza kerana badan kita memerlukan kandungan udara yang tidak sama bagi setiap aktiviti tersebut.
- Salah satu faktor yang dapat mempengaruhi kadar pernafasan manusia ialah kandungan oksigen di tempat itu. Contohnya, jika berada di tempat yang sesak dengan manusia seperti di dalam lif atau komuter, kandungan oksigen berkurang kerana ramai orang menggunakan oksigen tersebut. Maka kadar pernafasan menjadi lebih tinggi.
- Penting untuk kamu faham adalah, Semakin lasak dan cergas aktiviti, semakin bertambah bilangan pergerakan dada, dan semakin tinggi kadar penafasan. (Soalan ini selalu ditanya dalam peperiksaan)
Rujukan :
https://www.changtunkuet.com/
Buku Teks Sains Tahun 4 ms 33
Comments
Post a Comment