Organ Pernafasan Manusia
SK: 2.1 Pernafasan Manusia
SP:
·
2.1.1
·
2.1.2
·
2.1.3
·
2.1.4
- Manusia bernafas untuk hidup.
- Semasa bernafas, manusia menyedut udara masuk ke dalam peparu dan menghembus udara keluar dari peparu.
- Peparu merupakan organ pernafasan manusia.
- Organ yang terlibat semasa proses pernafasan ialah hidung, trakea, dan peparu.
- Saiz peparu kiri lebih kecil berbanding dengan saiz peparu kanan kerana jantung kita berada di sebelah kiri.
Proses Pernafasan Manusia
- Oksigen disedut masuk ke dalam hidung.
- Selain hidung, udara juga boleh memasuki peparu melalui rongga mulut.
- Oksigen sedang melalui trakea.
- Semasa di peparu, proses pertukaran gas berlaku.
- Oksigen akan masuk ke dalam peparu, manakala karbon dioksida pula akan keluar dari peparu.
- Pernafasan manusia melibatkan proses menarik nafas dan menghembus nafas.
- Semasa menarik nafas, oksigen akan melalui hidung -> trakea -> peparu.
- Semasa menghembus nafas, karbon dioksda akan melalui peparu -> trakea -> hidung.
Kandungan Oksigen dan Karbon Dioksida semasa Pernafasan
- Terdapat perbezaan kandungan oksigen dan karbon dioksida yang disebut masuk dan dihembus keluar.
- Udara yang disedut masuk mengandungi lebih oksigen berbending dengan udara yang dihembus keluar.
- Udara yang dihembus keluar mengandungi lebih karbon dioksida berbanding dengan udara yang disedut masuk.
- Udara di sekeliling kita terdiri daripada beberapa kandungan seperti oksigen, karbon dioksida, nitrogen, gas lain dan wap air.
Pergerakan Dada semasa Pernafasan
- Letakkan tangan di atas dada sambil menarik dan mengembus nafas.
- Keadaan dada kita akan menaik dan mengembang semasa menarik nafas kerana udara masuk ke badan kita.
- Keadaan dada kita akan menurun dan mengempis semasa menghembus nafas kerana udara keluar dari badan kita.
Rujukan: Buku Teks Sains Tahun 4 ms 23-31
Blog: https://www.changtunkuet.com
Comments
Post a Comment