Standard kandungan 2.3 Perkaitan antara sistem dalam tubuh manusia
Standard pembelajaran 2.3.1 Menjelaskan melalui contoh perkaitan antara sistem dalam tubuh manusia.
Rujukan Buku Teks : ms 34-37
Video Perkaitan Antara Sistem di dalam Tubuh Manusia
Tubuh manusia terdiri daripada beberapa sistem. Setiap sistem menjalankan fungsi yang berbeza. Setiap sistem saling berkait antara satu sama lain untuk memastikan tubuh kita berfungsi dengan baik.
Sistem Rangka
Sistem Pernafasan |
Sistem Pernafasan
- Sistem pernafasan mengangkut oksigen dan bergantung pada sistem peredaran darah untuk menghantar oksigen ke seluruh tubuh
- Sistem pernafsan juga bergantung pada sistem peredaran darah untuk membantu menyingkirkan karbon dioksida dari tubuh
Sistem rangka |
- Sistem peredaran darah mengangkut oksigen dan nutrien kepada sistem rangka untuk membantu tumbesaran tulang.
- Sistem rangka pula melindungi tubuh dan organ organ pernafasan dan peredaran darah seperti jantung dan peparu
- Sistem peredaran darah mengangkut oksigen kepada sistem pencernaan.
- Sistem pencernaan membekalkan nutrien kepada organ seperti jantung supaya dapat terus berfungsi dengan baik.
Adakah sistem peredaran darah dapat berfungsi dengan sendiri?
TIDAK. Sistem di dalam tubuh manusia tidak dapat berfungsi secara sendiri. Sekiranya satu daripada sistem ini gagal berfungsi, sistem yang lain akan turut terganggu.
Contoh:
SITUASI 1 : Ketika tercekik makanan |
- Sistem pencernaan dan sistem pernafasan saling berkaitan ketika berlakunya situasi tercekik makanan. Situasi ini akan menyebabkan sistem pencernaan terganggu di bahagian esofagus.
- Makanan yang terperangkap di esofagus akan menghalang udara memasuki trakea dan akan menyebabkan sistem pernafasan terganggu kerana mengalami kesukaran untuk bernafas.
SITUASI 2 : Ketika Patah Tulang |
Semasa berlaku situasi seperti situasi 2, iaitu patah tulang, sistem rangka dan sistem peredaran darah saling berkaitan.
- Tulang kaki yang patah menjejaskan sistem rangka
- Pada masa yang sama, kaki akan membengkak kerana pengaliran darah dalam sistem peredaran darah turut terganggu.
bes
ReplyDelete