Tajuk : Mikroorganisma
SK : 3.1 Mikroorganisma ialah Benda Hidup.
SP : 3.1.1 Mengenal pasti jenis mikroorganisma melalui pemerhatian menerusi pelbagai media.
3.1.5 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.
Buku Teks : mukasurat 22 dan 23
Video penerangan tentang tajuk Mikroorganisma
Hidupan Seni
- Mikro = sangat halus dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
- Organisma = hidupan
- Mikroorganisma ialah hidupan seni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
- Oleh itu,kita perlukan kanta pembesar dan mikroskop digunakan untuk melihat mikroorganisma.
- Terdapat 5 jenis mikroorganisma:
TIPS NAK INGAT JENIS MIKROORGANISMA = FBPAV (Fungi, Bakteria, Protozoa, Alga Virus)
Proses Hidup Mikroorganisma
- Mikroorganisma melakukan proses hidup seperti bernafas, bergerak dan bertumbuh.
TIPS NAK INGAT = TNB (Tumbuh , Nafas , Bertumbuh)
Pertumbuhan Mikrob
- Makanan dan buah-buahan rosak disebabkan oleh tindakan mikroorganisma.
- Pertumbuhan mikroorganisma memerlukan air, udara, suhu, nutrien dan keasidan yang sesuai.
TIP NAK INGAT FAKTOR PERTUMBUHAN MIKROORGANISMA: SUKAN
Suhu.... Udara.... Keasidan....Air.....Nutrien
Ok...kita akan sambung tajuk ini pada sesi PdPr seterusnya. Semoga kamu dapat mengingati kelima lima mikroorganisma ini dengan baik. Jom... buat latihan yang diberikan untuk uji kefahaman kamu...
Comments
Post a Comment