Organ yang mengepam darah ke seluruh tubuh
Setiap kali jantung kita berdegup, darah akan dipam masuk ke jantung dan dipam keluar dari jantung.
Jantung ada dua bahagian.
Bahagian KIRI mengepam darah yang mengandungi lebih OKSIGEN ke seluruh badan
Manakala bahagian KANAN pula mengepam darah yang mengandungi lebih KARBON DIOKSIDA ke peparu
Nak tahu anggaran saiz jantung kamu? Cubalah genggam jari anda sebesar penumbuk. Itulah anggaran saiz jantung kita.
Darah
Darah mengalir melalui rangkaian salur darah ke seluruh bahagian tubuh. Darah berfungsi untuk mengangkut oksigen, nutrien, air dan bahan kumuh. Bahan kumuh seperti karbon dioksida disingkirkan di peparu
SALUR DARAH
Salur darah ialah tiub laluan untuk darah mengalir. Ia berfungsi untuk mengangkut darah ke seluruh bahagian tubuh
Laluan Peredaran Darah Manusia (Buku Teks Sains Tahun 5 ms 30-31)
Ada salur darah yang mengangkut darah dari jantung ke seluruh bahagian tubuh. Ada juga salur darah yang mengangkut darah dari bahagian tubuh ke jantung. Jom tonton video di bawah ini untuk pemahaman kendiri.
PETUNJUK : ANAK PANAH MERAH = Darah lebih oksigen
ANAK PANAH BIRU = Darah lebih karbon dioksida
Fahami konsep ini ya...
1. Apabila kita menarik nafas, udara yang mengandungi lebih oksigen memasuki peparu dan diserap ke dalam salur darah
2. Darah ini dikenali sebagai darah lebih oksigen. Jantung mengepam darah lebih oksigen ke seluruh bahagian tubuh.
3. Setelah tubuh manusia menggunakan oksigen, karbon dioksida terhasil dan diserap ke dalam darah.
4. Darah ini dikenali sebagai darah lebih karbon dioksida. Darah lebih karbon dioksida ini kemudiannya nya akan dibawa ke jantung.
5. Dari jantung, darah lebih karbon dioksida ini akan dipam ke peparu. Peparu pula akan menyingkirkan karbon dioksida dalam darah itu semasa kita menghembus nafas
Apakah kepentingan sistem peredaran darah kepada tubuh manusia?
1. Mengangkut oksigen, nutrien dan air ke dalam tubuh
2. Mengangkut karbon dioksida dan bahan kumuh lain untuk disingkirkan dari tubuh
3. Proses peredaran darah ini akan berulang setiap kali kita bernafas.
Comments
Post a Comment