Perkumuhan dan Penyahtinjaan
Buku Teks: ms 37-41
Perkumuhan
- Perkumuhan ialah proses penyingkiran bahan buangan daripada badan.
 
- Bahan buangan akan memudaratkan kesihatan jika tidak disingkirkan daripada badan.
 
- Terdapat 3 organ perkumuhan: Ginjal, Kulit dan Peparu.
 

PENYAHTINJAAN
- Penyahtinjaan ialah proses menyingkirkan sisa-sisa makanan keluar melalui dubur sebagai tinja.
 
- Tinja ialah sisa-sisa makanan yang tidak dihadam di dalam perut selepas makan.
 
- Makanan yang dihadam akan diserap oleh usus kecil, manakala sisa-sisa makanan menjadi tinja di dalam usus besar dan dikeluarkan melalui dubur.
 
- Perkumuhan dan penyahtinjaan penting bagi badan kita.
 
- Jika hasil perkumuhan dan penyahtinjaan tidak disingkirkan, bahan tersebut akan terkumpul dalam badan kita dan menjadi toksik atau beracun.
 
- Pelbagai penyakit boleh berlaku jika perkumuhan dan penyahtinjaan tidak berlaku:
 
- Jika tidak berlaku perkumuhan, kita boleh menghidapi masalah batu karang atau kencing berdarah.
 
- Jika tidak berlaku penyahtinjaan, kita boleh menghadapi masalah kanser usus, radang usus atau usus tersumbat.
 
Kepentingan Proses Perkumuhan dan Penyahtinjaan


Comments
Post a Comment