Getaran dan Bunyi
- Bunyi dihasilkan oleh getaran.
 - Bunyi dapat dihasilkan melalui beberapa cara:
- Tiupan: Apabila seruling ditiup, udara di dalam seruling bergetar.
 - Ketukan: Apabila xilofon diketuk, xilofon bergetar.
 - Petikan atau Gesekan: Tali yang dipetik atau digesek bergetar.
 - Tepukan: Kepingan simbal bergetar apabila ditepuk.
 
 
Bunyi Bergerak
- Fariz, Teruni dan Mei Lan boleh mendengar bunyi loceng penjual aiskrim walaupun mereka berada pada kedudukan yang berbeza.
 - Mereka boleh mendengar bunyi loceng daripada penjual aiskrim kerana bunyi bergerak ke semua arah.
 
Bunyi boleh dipantulkan
- Apabila bunyi terkena pada suatu permukaan yang keras, bunyi akan dipantulkan semula.
 - Contoh pantulan bunyi di sekeliling kita:
- Bercakap di dalam bilik yang kosong
 - Menjerit di dalam gua
 - Menjerit di dalam dewan yang kosong
 
 
Fenomena Pantulan Bunyi
- Pantulan bunyi berlaku di sekeliling kita. Pantulan bunyi digunakan oleh manusia dan haiwan dengan pelbagai cara.
 - Contoh fenomena pantulan bynyi:
- Gema: Gema ialah bunyi yang terhasil apabila bunyi dipantulkan pada permukaan yang keras.
 - Ultrasonik: Ultrasonik ialah bunyi yang tidak dapat didengar oleh manusia tetapi dapat didengar oleh haiwan seperti kelawar, ikan lumba-lumba dan paus untuk memandu arah dan mengesan lokasi mangsa masing-masing. Dalam bidang perubatan, pantulan bunyi ultrasonik digunakan untuk mengesan organ di dalam badan pesakit atau bayi di dalam kandungan.
 - Sonar: Sonar ialah teknologi pantulan bunyi ultrasonik yang digunakan untuk mengesan objek di dalam air.
 
 





Comments
Post a Comment