Bunyi yang Berfaedah dan Bunyi yang Memudaratkan
- Bunyi memberikan pelbagai kesan kepada kehidupan kita.
- Terdapat bunyi yang berfaedah dan bunyi yang memudaratkan kita.
- Contoh bunyi yang berfaedah:
- Bunyi suara membolehkan kita berkomunikasi.
- Bunyi muzik boleh menghiburkan.
- Bunyi siren ambulans memberikan isyarat kecemasan.
- Bunyi deringan telefon memberikan maklumat ada panggilan masuk.
- Contoh bunyi yang memudaratkan kita:
- Persekitaran yang bising menyebabkan kita sukar berkomunikasi.
- Bunyi bising kenderaan mengganggu ketenangan dan menyebabkan tekanan emosi.
- Bunyi bising yang didengar secara kerap atau terlalu kuat boleh menyebabkan masalah pendengaran.
- Kekuatan bunyi diukur dalam unit decibel (dB). Bunyi kuat yang melebihi 85 dB boleh merosakkan telinga kita.
6.6 Mengurangkan Pencemaran Bunyi
- Bunyi yang terlalu kiat atau bunyi yang tidak diingini dapat dikurangkan supaya lebih senyap atau kurang jelas.
- Contoh situasi:
- Petugas di landasan kapal terbang menggunakan pelindung telinga untuk melindungi telinga supaya tidak rosak akibat bunyi pesawat yang terlalu kuat.
- Penyerap bunyi seperti permaidani, langsir dan tingkap dapat mengurangkan getaran bunyi.
- Penggunaan pokok dapat membantu mengurangkan pencemaran bunyi di persekitaran kita.
- Untuk menghentikan bunyi pada jam loceng tanpa mematikan suisnya, kita boleh memberhentikan getaran pada bahagian penukul locengnya.
Comments
Post a Comment