Cahaya Bergerak lurus

 

Bagaimana Cahaya Bergerak?


Video pembelajaran cahaya bergerak lurus

Cahaya adalah merupakan salah satu daripada bentuk tenaga.

Cahaya diperlukan supaya kita boleh melihat keadaan di sekeliling kita.

Suatu objek yang mengeluarkan cahayanya sendiri dikenali sebagai sumber cahaya.

Cahaya adalah bergerak dalam garis lurus kesemua arah dengan kelajuan 300 000 km/s atau bersamaan dengan 3 × 108 m/s.


Gambar eksperimen cahaya bergerak lurus



Contoh-contoh situasi yang menunjukkan bahawa cahaya bergerak lurus adalah seperti:

Cahaya matahari yang terpancar melalui celah-celah pokok di hutan.

Pancaran lampu kereta.

Alur cahaya dari rumah api.

Lampu sorot (spotlights) di atas pentas.


Alur cahaya adalah satu garis pancaran cahaya sepertimana yang digunakan dalam sesebuah pertunjukan pentas atau laser.


Comments