Mengenal Jirim
Apakah Jirim? 
- Jirim ialah objek yang mempunyai jisim, memenuhi ruang dan boleh dilihat, disentuh atau dirasa.
 - Jirim boleh wujud dalam 3 keadaan: Pepejal, cecair dan gas.
 
Sifat Keadaan Jirim
- Berikut menunjukkan ciri-ciri pepejal, cecair dan gas:
 
Sifat-sifat Jirim 
Tiga Keadaan Air
- Air wujud dalam tiga keadaan, iaitu:
- Pepejal (ais)
 - Cecair (air)
 - Gas (wap air)
 
 - Apabila air dipanaskan dan disejukkan, ia akan berubah kepada bentuk yang lain.
 
Perubahan Keadaan Air / Jirim
Perubahan Keadaan Jirim 
- Air boleh berubah daripada satu keadaan jirim kepada keadaan jirim yang lain.
 - Air dan jirim boleh berubah keadaan melalui proses pembekuan, peleburan, pendidihan, penyejatan dan kondensasi.
 - Jadual berikut menunjukkan ringkasan perubahan keadaan bahan bagi setiap proses.
 
Kitaran Air Semula Jadi
- Maksud: Proses berulang di mana pergerakan air dari permukaan Bumi ke udara dan akhirnya turun ke permukaan Bumi semula.
 - Sepanjang proses kitaran ini, beberapa proses perubahan keadaan air berlaku:
- Air di bumi akan tersejat sebagai wap air dan naik ke atas: Cecair -> Gas (Penyejatan)
 - Wap air yang terkumpul akan membentuk awan.
 - Dalam suatu tempoh masa, awan terkondensasi menjadi hujan: Gas -> Cecair (Kondensasi)
 
 
Kepentingan Kitaran Air Semula Jadi
- Kitaran air semula jadi sangat penting untuk:
- Membekalkan sumber air bersih yang berterusan kepada semua hidupan.
 - Memastikan bekalan air di Bumi sentiasa mencukupi.
 - Menyejukkan permukaan Bumi.
 
 - Kitaran air semula jadi yang terjejas akan menyukarkan kehidupan dan akan menyebabkan bencana, kematian, dan kemusnahan.
 
Sumber Air Semula Jadi
- Sungai
 - Tasik
 - Telaga
 - Mata air
 - Lautan
 
Kepentingan Kebersihan Sumber Air
- Air sangat penting kepada semua hidupan di Bumi:
- Mengekalkan suhu Bumi supaya tidak meningkat dan menyebabkan pemanasan global
 - Memelihara hidupan akuatik.
 - Membekalkan sumber air bersih dan tidak tercemar.
 - Untuk minum, membasuh dan mandi.
 - Diperlukan untuk menjalankan pelbagai proses hidup.
 - Sebagai bahan mentah dalam industri makanan.
 
 - Berikut ialah langkah-langkah untuk memastikan sumber air sentiasa bersih:
- Elakkan membuang sampah dan bahan toksik ke dalam sungai.
 - Bina kilang jauh dari laut, sungai, dan tasik.
 - Rawat kumbahan dari rumah, kilang dan kawasan pertanian sebelum melepaskannya ke dalam sungai atau laut.
 - Kawal penggunaan baja dan racun perosak di kawasan pertanian.
 
 
Rujukan: https://www.changtunkuet.com



Comments
Post a Comment