Rujukan buku teks:ms135-138
Kecuaian Pengendalian Peralatan Elektrik
- Berikut merupakan beberapa kecuaian semasa mengendalikan peralatan elektrik:
- Memegang suis dengan tangan yang basah.
- Membiarkan peralatan elektrik terpasang lama.
- Menggunakan wayar yang rosak.
- Mencucuk soket menggunakan bahan konduktor elektrik.
- Tidak mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa menggunakan peralatan elektrik.
- Tidak mempelajari kaedah yang betul semasa menggunakan peralatan elektrik di rumah.
- Kecuaian semasa mengendalikan peralatan elektrik akan menyebabkan:
- Renjatan elektrik
- Kebakaran
- Kulit melecur
- Kejutan Elektrik
Mengendalikan peralatan elektrik dengan selamat
- Langkah-langkah keselamatan semasa mengendalikan peralatan elektrik perlulah dititikberatkan:
- Elakkan membaiki peralatan elektrik dalam keadaan suis terpasang.
- Elakkan membuka atau menutup suis dengan tangan yang basah.
- Elakkan memasang plag 2 pin dengan bahan konduktor elektrik.
- Pasang palam plastik khas untuk memasang plag 2 pin.
- Pastikan peralatan elektrik dipantau semasa menggunakannya.
- Elakkan memasang terlalu banyak plag pada sesuatu soket.
- Elakkan membiarkan seterika seketika di atas pakaian.
- Elakkan bermain layang-layang berhampiran dengan kabel elektrik.
- Jangan guna peralatan elektrik yang sudah rosak.
- Jangan cuba membaiki sendiri peralatan elektrik yang rosak.
Comments
Post a Comment