Tenaga dan Sumbernya
Nota Tenaga dalam flipbook |
- Tenaga ialah keupayaan untuk melakukan kerja.
- Tenaga dapat diperoleh daripada pelbagai sumber.
- Sumber-sumber tenaga:
- Matahari merupakan sumber tenaga yang paling utama. Tenaga matahari boleh digunakan untuk menjanakan elektrik melalui panel suria.
- Air yang mengalir menggerakkan turbin di dalam empangan untuk menjanakan elektrik.
- Biojisim ialah bahan daripada tumbuh-tumbuhan (kayu api dan sisa tanaman) atau tinja haiwan yang digunakan untuk menghasilkan bahan api dan menjanakan elektrik.
- Angin yang bertiup menggerakkan kincir angin untuk menjanakan elektrik.
- Bahan nuklear seperti uranium digunakan untuk menjanakan elektrik di stesen janakuasa nuklear.
- Bahan api fosil seperti petroleum, gas asli dan arang batu dibakar untuk menjanakan elektrik.
- Ombak menggerakkan turbin di dalam laut untuk menjanakan elektrik.
- Geoterma juga merupakan sumber tenaga yang diperoleh daripada haba batuan panas di bawah permukaan bumi untuk menjanakan elektrik.
Bentuk Tenaga
- Terdapat pelbagai bentuk tenaga di sekeliling kita.
- Bentuk-bentuk tenaga:
- Tenaga suria ialah tenaga yang diperoleh daripada Matahari.
- Tenaga haba ialah tenaga yang tersimpan pada objek yang mempunyai kepanasan.
- Tenaga cahaya ialah tenaga yang dihasilkan oleh objek yang memancarkan cahaya.
- Tenaga bunyi dihasilkan oleh objek yang bergetar.
- Tenaga elektrik ialah tenaga yang mengalir dalam litar elektrik yang lengkap.
- Tenaga kimia ialah tenaga yang tersimpan dalam bahan seperti makanan, bahan api fosil, biojisim atau bateri.
- Tenaga kinetik ialah tenaga yang dipunyai oleh objek yang bergerak.
- Tenaga keupayaan ialah tenaga yang tersimpan pada objek yang berada pada sesuatu ketinggian, diregangkan atau dimampatkan.
- Tenaga nuklear ialah tenaga yang terkandung dalam bahan nuklear seperti uranium.
Perubahan Bentuk Tenaga
- Tenaga boleh berubah daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain.
- Simbol -> bermaksud berubah kepada.
- Simbol + bermaksud dan.
- Contoh perubahan bentuk tenaga:
- Semasa mengasuh basikal, tenaga kimia daripada makanan yang dimakan berubah kepada tenaga kinetik (pergerakan kaki dan basikal).
Tenaga kimia -> Tenaga kinetik - Ketika menghidupkan televisyen, tenaga elektrik (di dalam litar elektrik televisyen) yang digunakan berubah kepada tenaga cahaya (imej) dan tenaga bunyi.
Tenaga elektrik -> Tenaga cahaya + Tenaga bunyi - Semasa api menyala, tenaga kimia yang tersimpan dalam bahan bakar berubah kepada tenaga haba dan tenaga cahaya.
Tenaga kimia -> Tenaga haba + Tenaga cahaya - Semasa terjun dari papan terjun, tenaga keupayaan (kedudukan penerjun yang tinggi) berubah kepada tenaga kinetik (pergerakan penerjun) dan kemudian berubah kepada tenga bunyi (bunyi percikan air).
Tenaga keupayaan -> Tenaga kinetik -> Tenaga bunyi - Ketika menyalakan lampu suluh, tenaga kimia yang tersimpan di dalam bateri berubah kepada tenaga elektrik (dalam litar elektrik lampu suluh). Kemudian, tenaga elektrik berubah kepada tenaga haba (mentol menjadi panas) dan tenaga cahaya (mentol menyala).
Tenaga kimia -> Tenaga elektrik -> Tenaga haba + Tenaga cahaya - Ketika menggunakan kalkulator suria, tenaga suria yang diperoleh daripada Matahari berubah kepada tenaga elektrik (dalam litar kalkulator). Kemudan, tenaga elektrik berubah kepada tenaga cahaya (skrin memancarkan cahaya).
Tenaga suria -> Tenaga elektrik -> Tenaga cahaya - Ketika kenderaan bergerak, enjin kereta mengubah tenaga kimia yang tersimpan dalam bahan api fosil kepada tenaga kinetik (pergerakan kereta).
Tenaga kimia -> Tenaga kinetik - Tumbuh-tumbuhan membuat makanannya sendiri. Semasa fotosintesis, tumbuh-tumbuhan mengubah tenaga cahaya daripada Matahari kepada tenaga kimia yang tersimpan sebagai kanji.
Tenaga suria -> Tenaga kimia - Semasa bermain papan luncur, pemain bermula dari tempat yang tinggi kemudian luncur ke bawah. Apabila sampai ke penghujung, pemain akan berhenti pada kedudukan tertinggi seketika dan kemudian meneruskan pergerakannya semula.
Tenaga keupayaan -> Tenaga kinetik -> Tenaga keupayaan
- Semasa mengasuh basikal, tenaga kimia daripada makanan yang dimakan berubah kepada tenaga kinetik (pergerakan kaki dan basikal).
Comments
Post a Comment