Kenali Bahan Buangan
- Bahan buangan ialah bahan yang tidak diperlukan lagi dan tidak mahu disimpan.
- Bahan buangan berasal daripada pelbagai sumber: Kediaman, kilang, gerai makanan, pasar, kenderaan bermotor, dan pertanian.
- Jenis-Jenis Bahan Buangan:
Terbiodegradasikan atau Tidak?
- Bahan buangan terbiodegradasi ialah bahan buangan yang boleh direputkan oleh mikroorganisma.
Contoh: Bahan organik seperti sisa makanan, kertas, bahan kumuh dan tinja. - Bahan buangan tidak terbiodegradasi ialah bahan buangan yang tidak boleh direputkan oleh mikroorganisma.
Contoh: Kaca, plastik, logam, sisa toksik.
Hargai Bumi Kita
- Kita perlu menggunakan bahan buangan tidak terbiodegradasi secara hemah kerana bahan-bahan ini tidak mereput jika dibuang dan akan kekal di persekitaran kita buat jangka masa yang lama.
- Bahan buangan tidak terbiodegradasikan akan:
- Menyumbang kepada pencemaran persekitaran
- Menyebabkan terjadinya bencana alam
- Memberi kesan kepada kesihatan kita
- Kesan pembuangan bahan buangan yang tidak terancang akan mendatangkan masalah:
- Pencemaran udara
- Pencemaran air
- Sakit dan penyakit
- Hujan asid
- Banjir kilat
- Kemusnahan habitat haiwan dan tumbuhan
- Kepupusan sesetengah spesies haiwan dan tumbuhan
Amalan Pengurusan Bahan Buangan
- Kehidupan lestari adalah amalan yang mengurangkan impak kepada alam sekitar agar keindahan alam dapat dinikmati oleh generasi akan datang.
- Peranan kita dalam mengurus bahan buangan dengan cara terancang:
- Bahan buangan hendaklah dibungkus dan diikat dengan kemas.
- Bahan buangan hendaklah diasingkan mengikut jenis bahan sebelum dibuang.
- Gunakan bekas khas untuk membuang bahan buangan kimia dan sisa minyak.
- Bahan buangan sisa makanan yang boleh direputkan boleh dijadikan baja kompos.
- Amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle) dapat mengurangkan longgokan bahan.
- Reduce: Kurangkan penggunaan bahan buangan seperti beg plastik.
- Reuse: Guna semula atau pelbagaikan penggunaan bahan buangan.
- Recycle: Kitar semula bahan buangan menjadi produk yang baharu.
- Menggunakan plastik terbiodegradasikan
- Membawa beg sendiri semasa membeli belah
- Menghasilkan makanan haiwan daripada bahan buangan
Pegurusan Bahan Buangan Secara Terancang
- Bahan buangan biasanya dikendalikan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
- Cara- cara bahan buangan dilupuskan:
- Bahan buangan dikutip dan dihantar ke pusat pengumpulan sampah.
- Bahan buangan diasingkan mengikut jenis: Boleh kitar semula dan tidak boleh kitar semula.
- Bahan buangan yang boleh dikitar semula dipadatkan dan dihantar ke kilang pemprosesan untuk dijadikan bahan yang baharu.
- Bahan buangan yang tidak boleh dikitar semula dibakar dalam insinerator.
- Sisa daripada insinerator dihantar ke tapak pelupusan sampah untuk dilupuskan.
Comments
Post a Comment