Sifat Bahan


Sifat Bahan


  1. Bahan mempunyai pelbagai sifat, seperti:
    1. Kebolehan menyerap air
    2. Kebolehan terapung di  
    3. permukaan air
    4. Kekenyalan bahan
    5. Konduktor dan penebat elektrik
    6. Konduktor dan penebat haba
    7. Kebolehan penembusan cahaya
(1) Kebolehan menyerap air
  1. Terdapat bahan yang boleh menyerap air dan bahan yang kalis air.
  2. Bahan yang menyerap air menjadi basah apabila terkena air.
  3. Bahan yang tidak menyerap air disebut bahan kalis air. 
Picture

(2) Kebolehan terapung di permukaan air
  1. Terdapat bahan yang terapung di atas permukaan air dan bahan yang tengelam di dalam air
Picture

(3) Kekenyalan bahan
  1. Kekenyalan ialah keadaan sesuatu bahan yang dapat kembali ke bentuk asal apabila diregangkan atau dimampatkan.
  2. Terdapat bahan yang kenyal dan bahan yang tidak kenyal
Picture

(4) Konduktor dan penebat elektrik
  1. Setiap bahan bersifat sama ada konduktor atau penebat elektrik.
  2. Konduktor elektrik ialah bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik.
  3. Penebat elektrik ialah bahan yang tidak boleh mengalirkan arus elektrik. 
Picture

(5) Konduktor dan Penebat Haba
  1. Terdapat bahan yang bersifat konduktor haba dan penebat haba.
  2. Konduktor haba ialah bahan yang membenarkan haba mengalir melaluinya dengan baik dan cepat.
  3. Penebat haba ialah bahan yang tidak membenarkan haba melaluinya dengan baik. 
Picture

(6) Kebolehan Penembusan Cahaya
  1. Setiap jenis bahan mempunyai kebolehan penembusan cahaya yang tersendiri.
  2. Bahan lut sinar ialah bahan yang membenarkan cahaya melaluinya.
  3. Bahan lut cahaya ialah bahan yang membenarkan sebahagian cahaya melaluinya.
  4. Bahan legap ialah bahan yang menghalang cahaya melaluinya. 
Picture
Picture

Rujukan: 
https://www.changtunkuet.com/

Comments