Tenaga Tidak Boleh Dicipta atau Dimusnahkan
- Semua perubahan yang berlaku di alam ini melibatkan tenaga.
- Tenaga boleh berubah bentuk kerana tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan.
- Motosikal yang bergerak mempunyai tenaga kinetik. Tenaga tidak boleh dicipta. Enjin motosikal hanya mengubah tenaga kimia daripada petrol kepada tenaga kinetik. Tenaga juga tidak boleh dimusnahkan. Semasa motosikal bergerak, sebahagian tenaga kinetiknya turut berubah kepada bentuk-bentuk tenaga yang lain seperti tenaga bunyi dan tenaga haba. Motosikal berbenti bergerak kerana semua tenaga kimia daripada petrol telah berubah sepenuhnya kepada bentuk-bentuk tenaga yang lain.
Tenaga kimia -> Tenaga kinetik -> Tenaga haba + Tenaga bunyi - Kesimpulan: Tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnhkan, tetapi boleh berubah bentuk.
Sumber Tenaga Boleh Dibaharui dan Tidak Boleh Dibaharui
- Sumber tenaga boleh dikelaskan kepada sumber tenaga boleh dibaharui dan sumber tenaga tang tidak boleh dibaharui.
- Sumber tenaga boleh dibaharui ialah sumber tenaga yang boleh dijana secara berterusan. Contoh:
- Matahari ialah sumber tenaga yang sentiasa ada.
- Ombak wujud secara semula jadi.
- Air sentiada ada di persekitaran.
- Angin tidak terhad dan sentiada ada.
- Biojisim sentiasa ada kerana berasal daripada bahan semula jadi.
- Sumber tenaga tidak boleh dibaharui ialah sumber tenaga yang terhad dan tidak boleh dijana semula. Contoh:
- Bahan api fosil seperti arang batu, gas asli dan petroleum akan kehabisan suatu masa nanti.
- Bahan nuklear seperti uranium adalah terhad.
- Bateri akan kehabisan satu hari nanti.
- Biodiesel ialah bahan api yang dihasilkan daripada minyak sayuran atau lemak haiwan. Bermula Februari 2019, semua stesen minyak di Malaysia membekalkan munyak diesel yang dicampur dengan biodiesel sawit.
Berhemat Menggunakan Tenaga
- Kebanyakan tenaga yang kita gunakan pada hari ini berasal daripada sumber tenaga yang tidak boleh dibaharui.
- Untuk memastikan kita mempunyai sumber tenaga yang mencukupi pada masa yang akan datang, kita perlulah berhemat menggunakan tenaga.
- Berhemat bermaksud berjimat cermat. Berhemah bermaksud mempunyai budi perketi yang mulia.
- Cara-cara berhemat menggunakan tenaga:
- Tutup peralatan elektrik apabila tidak digunakan.
- Gunakan peralatan yang kurang menggunakan tenaga.
- Gunakan pengangkutan awam atau berkongsi kereta.
- Kitar semula bahan yang terbuang.
- Kepentingan penggunaan sumber tenaga secara berhemat adalah:
- Menjimatkan kos penjanaan tenaga elektrik.
- Mengelakkan pembaziran sumber tenaga.
- Mengurangkan pencemaran alam sekitar
Comments
Post a Comment