Graviti Bumi
- Setiap objek yang dilambung ke atas akan jatuh semula ke bawah.
- Semua objek di sekeliling kita ditarik ke arah pusat bumi oleh suatu daya yang dinamakan daya tarikan graviti bumi.
- Graviti atau gravitas dalam bahasa Latin bermaksud berat. Daya tarikan graviti ada pada semua objek.
- Tanpa graviti, angkasa akan terapung di udara. Oleh sebab itu, angkasawan perlu memakai pakaian khas dan menggunakan peralatan khas untuk urusan harian supaya objek di sekelilingnya tidak terapung.
Daya Tarikan Graviti Bumi
- Graviti bumi ialah daya yang menarik objek ke arah pusat bumi.
- Tanpa daya tarikan graviti bumi, semua objek akan terapung di udara.
- Semua objek di Bumi dapat berada pada kedudukannya kerana adanya daya tarikan graviti bumi.
Kepentingan Daya Tarikan Graviti Bumi
- Daya tarikan graviti bumi penting untuk mengekalkan objek pada kedudukannya.
- Daya tarikan graviti bumi menyebabkan objek tidak terapung di udara dan kekal berada pada kedudukannya.
Comments
Post a Comment