Pengaratan Objek
- Karat merupakan selaput perang kemerah-merahan yang terbentuk pada permukaan besi.
 - Objek yang diperbuat daripada besi akan berkarat.
 - Objek yang tidak diperbuat daripada besi, tidak berkarat.
 - Terdapat dua faktor yang menyebabkan pengaratan:
 - Kehadiran air
 - Kehadiran udara
 
5. Pengaratan dapat dicegah dengan menghalang objek besi daripada terdedah kepada air dan udara.
Antara kepentingan mencegah pengaratan ialah:
- Menjadikan objek besi bersih, kelihatan cantik, berkilat dan menarik.
 - Menjadikan objek besi tahan lebih lama.
 - Menjadikan objek besi selamat untuk digunakan.
 - Menjimatkan kos kerana objek besi tidak perlu ditukar dengan kerap.
 


Comments
Post a Comment